Tuesday, 31 December 2013

Tentang tahun baru 2014

Assalamualaikum
Kita bertemu lagi dlm rancangan yg kadang2 ada kadang2 takde.. Apala nak jadi.. Tgk akak Real dgn adik kapten duk komen pun tak terbalas.. Ampun dan maaf dipinta.. Nanti pelan2 i balas ye? Byk sgt kekangan.. Yang terkini.., pindah rumah baru so takde internet.. Bila ada internet siang2 dia macam biskut.. Malam2 bila internet ok sket.., mood malas pulak menjelma.. Hmmm ada je alasan kan?
2013 has been eventful.. Our big move.., the situation leading to our big move.., the families we leave behind., the families we came over to see.. The few white hair that has been sprouting on my head.. (apa tandanya tu? Stress... Kan?)
Like the last NYE we're sitting at home together enjoying each other's company. Alhamdulillah we're in our own flat now so hidup lebih bebas., langkah lebih panjang as compared to masa hidup menumpang dulu. Not that there's anything wrong masa menumpang.., tapi maklum ajelah kan. Nama pun menumpang. Cara kita dah tentu tak sama dgn cara orang lain. Kita biasa dinner selepas maghrib., org lain dinner pukul lima petang.. Kita biasa makan nasik hari2 pakai tangan., org lain makan salad., kalau makan nasik pun guna pisau dgn garpu.. Dan macam2 lagilah.. So bila dah duk sendiri ni., ibadat pun lebih teratur., makan minum pun dah boleh ikut style kita sendiri. I cant tell you how happy i am and how tasty nasik with kari ayam is when eaten by hand! Sangat lazat hokeh!!
Jiran2 semua dah start pasang muzik, minum2., enjoy2. Siang tadi ke Coles beli santan punyalah sesak penuh dgn manusia yg sedang memborong cartons of beer, chips and soft drink. Cara org sini menyambut tahun baru.. JJ pulak demam harini.. So i put him to bed early and tinggallah i sorang2 melangut sambut new year sorang2..
Resolution? Nah.. Nothing in particular.. Macam tahun2 sudah, betulkan apa yg tak betul., tambahkan apa yg kurang (oh, but i ought to loose weight not gain weight!)., kurangkan apa yg terlebih (yes., i'm selling my access fat.., cheap cheap only..)., strive to improve in all aspects of life..
Selamat tahun baru semua.. May 2014 brings you rezeki yg halal, kesihatan yg baik, joy, laughter, happiness, success dan semua yg baik2.. Ameeen...




- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Miami,Australia

Friday, 15 November 2013

Tentang kebebasan beragama

Assalamualaikum
Hari ni i tersentap dgn persoalan seorang wanita di church (i pegi church pagi tadi tolong aunty angkat barang2 utk jualan amal mereka esok - so sila jgn nak jump into conclusion ok?) Usai memperkenalkan diri wanita itu (we shall call her Y) tanya kenapa dia xpernah nampak i on sundays. So i jawab, i'm a muslim., i go to the mosque. Y tanya, eh is aunty's nephew a muslim? Thats weird.. (sbb aunty adlh seorg yg agak warak in her beliefs) so i jawab, eh tak.., suami i converted to islam then we got married.. With a smirk on her face she said "hmm.. That's odd.., why should he convert to join u.. U're the one that should convert to join him.. Dont you think so?" I tergamam. Honestly, she caught me offguard. I xtau nak jwb apa.. Luckily ada sorg lagi makcik masuk n diverted her attention. So i politely say nice meeting you, please excuse me but i gotta run. Ya Allah.. Xpernah ada sapa2 yg tanya i soalan tu. Selalu kat malaya org akan kata Alhamdulillah.., syukur, awak berjaya mengislamkan JJ.. Bila ditanya oleh Y tadi sesungguhnya i xtau nak jawab apa.
Balik umah cite kat JJ and he got annoyed saying that Y should mind her own business. JJ reckons that Y is racist sbb kulit i yg olive ni (tetap xnak mengaku coklat kan?) dan my Asian features menyebabkan Y rasa diri dia superior dari i.. You all rasa macam mana? Len kali kalau ada org tanya soklan macam gini dkt i apa yg patut i jawab? I xnak tergamam lagi.. Perhaps i should google for an answer.. I mean i know why JJ converted.. But i dont think the christians would understand why. Duduk kat negara org, i rasa i patut sensitif terhadap agama dan kepercayaan org lain.. Tapi kalau mereka xhormat dan sensitif towards my belief macam mana?
Ya Allah, tetapkan imanku dan berikanlah aku kekuatan...


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, 14 November 2013

Tentang pembaziran baju

Assalamualaikum
I tak taulah kalau korang camne kan.. Tapi bagi i kalau seluar jeans tu baru pakai utk jangkamasa 2 jam., cuma pakai utk pegi supermarket beli susu ngan roti i akan gantung dan pakai lagi another time.. Logik? Ke tak logik? Ke i ni pengotor/pemalas sebab pakai suar jeans yg sama twice?
Bagi i, ini dinamakan pembaziran pakaian.. Kalau i.., baju, seluar, skirt, dress yg i baru pakai sekejap (less than 4 hours) dan confirm tak berpeluh tak berlengas i akan gantung dan pakai semula some other time (Harus diingatkan, ini pakaian luaran ye.., pakaian dalaman xboleh recycle okeh.. Kepam baunya..) Lainlah kalau baju tu lencun dek peluh, dah terkena kotoran degil ataupun sehari suntuk i pakai baju tu sohehla i akan campak masuk mesin basuh.. Ini yg baru pakai sekejap.. Bersih suci lagi pakaian tersebut.. I cannot brain la people like this..
Satu lagi towel. Logik ke kalau setiap kali mandi, setiap kali tu kau ambik towel baru? Kalau sehari mandi 3 kali, 3 helai towel kau sorang je yg pakai.. Ini bukan cerita pakai towel dekat hotel okeh.. Ini towel dekat rumah. Hotel pun menggalakkan para guestnya supaya menjimatkan penggunaan towel. Soiled towel sila buh atas lantai, kalau masih bole pakai lagi silalah pakai dulu.. Esok lusa kami mai hantaq towel baru.. Tiap kali nak basuh baju, mesin penuh dgn towel.. Tiap kali nak cari towel, seme duk dalam mesin.. Apa pun tak boleh..
Oooo.... Mungkin bapak dia ada kilang buat sabun basuh baju kot... Atau mesin basuh rumah dia tak guna letrik, tak guna air kot.. OooOoO...
Macam cannot brain je., macam cannot brain je...
Sekian..


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, 11 November 2013

Tentang balik kampung

Assalamualaikum....
Dua minggu berada di tanah air macam sekejap sgt rasanya.. List makanan yg nak dimakan pun xsempat nak khatam.., takde rezeki... But i'm glad that i had the opportunity to spend time with my 80++ year old grandma.. Memula dari KJ dia ikut i balik SP, pahtu balik KJ balik pahtu tetiba dia nak ikut balik KT pulak dan terus anto i kat airport masa nak balik bumi kangaroo tempoh hari.. I think she had fun., i took her to a fish market, to a night market dlm suasana hujan dan lecak.., sebelah tgn pegang tongkat n selak kain tinggi, sebelah tgn pegang i.. Sepanjang2 jalan dia melatah "oh babu" tapi dia yg nak pegi sangat so i bawok jer.. Makan pun kus semangat. Beli putu mayam 2 ringgit dpt 8 ketul, semua dia makan sorang.. Tafufah satu container, apam balik sejuring.. Dapat bawak dia pi makan sate, bubur pulut hitam, nasik lemak payung merah (she insisted that she wants nasi lemak from this kakak bawah payung merah., jenuh pusing taman carik..) kopok lekor, roti paung tengganu etc etc etc... Alhamdulillah... Tak tahu bila lagi ada kesempatan bawak dia jenjalan gitu..

Kisah dan tauladan 1
Masa ondeway dari OOL-KUL aritu i had an early morning flight. It so happen i was sitting with these two chinese sisters.. i would say they're between 19- 22 years old. Dressing mmg hebat, dgn micro shorts, knitted jumper bagai bawak laptop dgn tablet tgk movie dlm flight. I dah terpikir, minah ni tak panas ke pakai knitted jumper nih? Skekgi kat msia soheh2 panas yg lebat, tahan ke dia? As time goes on, it started to get pretty warm in the flight.., pahtu i start terbau sesuatu yg kurang menyenangkan. Duk pikir.., kaki sapala yg busuk nih.. Later on, the smell gets stronger and then i realised that the smell is coming from these two girls next to me. OMG, i think we have another 4-5 hour flight time. Ayoyo.., how am i going to endure the smell for the rest of the flight. Terpaksalah sombong sket, paling kepala ke tingkap tp dlm flight airasiamang yg sempit where u're practically sitting on top of each other plus size body i yg sgt ohsem ni byk mana sangatlah dpt berpaling kan? The best part was, as we are ready to land minah sebelah i ni start mencium2 ketiak dia sendiri. YES dear girl.., the bad smell is coming from YOU!! Saheh berlendir bila dia turun kapal terbang cos i can feel the heat the minute i stepped out of the plane.. Or ada angin macam air-cond masuk dari suar super-duper pendek dia kot?
Pengajaran: kalau taknak/tak sempat mandi pagi to catch your extra early flight, at least semburlah sedikit odorono kat badan tuh.. Takdelah kepam sepanjang 8 jam dalam pesawat...

Kisah dan tauladan 2
Masa ondeway KUL-OOL pulak flight malam.. Lebih kurang jam 9.40pm. Dgn eksennya aku berkata, i'm not gonna get cold in this flight.. Tapi ada spare pashmina seketoi dlm hand carry in case of emergency. KL hujan masa tuh.. Pahtu my grandma bless her heart tanya.. "Eh tak sejuk ke nanti dlm kapatebang pakai baju lengan pendek nih? Nah, bawak jaket ni nanti sejuk" sebagai cucu yg xmo melawan ckp nenet i pon amikla baju cotton tipis tgn panjang yg i used to wear during spring (maknanya takdela tebal mana pun, mcm tshirt tp long sleeve). Dkt departure hall mmg hangat tak hengat sbb kapasiti maknusia yg sangat tinggi so haku xpakai, sangkut kat hand carry je. Masuk plane pun hangat lagi spt biasa kapal airasiamang lambat nak menyejukkan kabin dia. Tiba2 bila kapal dah gostan (OMG aku tak tau apa termnya wahai kapitan tulunlah kakakmu ini).. Mula dah terasa aircond yg sangat sejuk. Mula2 tahan lagi, lama2 dah tahap nak membeku so i pun sarunglah 'jaket' i tuh. Tahan la sikit. Tgk org kiri kanan dah berselubung dgn selimut. Perlu diingatkan di sini yg airasiamang menawarkan perkhidmatan menyewa selimut utk dipakai sepanjang penerbangan pada harga rm10 selai. Ataupun anda boleh juga membeli comfort kit semasa membuat booking dgn harga rm25?? Ntah.. Kurang periksa.tapi i rasa.., airasiamang ni sengaja meng'low'kan suhu aircond nak bagi keadaan kabin sejuk beku gigil2 utk meng'encourage' para penumpang utk membayo rm10 bagi menyewa selimut mereka. I rasa this is not right and i wont condone this type of marketing tactics yg pada i mcm memaksa. Because i tak nak fall prey to their cunning ways maka i pun menahanlah sejuk sepanjang 8 jam perjalanan tersebut. JJ kata why are so tight with money, just give them ten ringgit so u wont be too cold. Ohh tidak... I tetap dgn pendirian i.. To me, kalau i beli maknanya i membolehkan atau menggalakkan airasiamang utk sokmo2 menyejukbekukan kabin supaya org ramai buleh sewa selimut.. No no.. No way jose.. I rela dibekukan okeh?
Pengajaran: next time nak naik airasiamang lagi, sila bawak blanket siap2 ataupun jaket tebal bulu2.. (Peringatan utk diri sendiri: lenkali bawak je selimut airasiamang yg JJ beli 3 tahun dulu, bukan berat pun.. Coklat banyak2 rilek je buleh angkut on board, nak bwk selimut seketoi bising.. Phuiii)

Sekian terima kasih..






- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, 8 October 2013

Tentang teknologi bercinta

Assalamualaikum....
Wahduh wahduh... Bersawang, berselut, berkerak, berdaki dah nin.. Kalaulah adinda kapitan i tak sound "assignment overdue" dekat fesbuk, dah tentu i kena hire excavator nak carik balik jalan menuju ke blog nih..
So anyway...
Kenapa tetiba kluar topik ni? I'm sitting in the room playing games on the pad pabila i terdengar Tom tgh ber-skyping dgn geprennya yg tinggal about 10 minutes drive from here.. Wow! Technology have certainly changed the way we communicate kan? Dedulu masa zaman i muda remaja (skrg ni still muda tp dah xberapa nak remaja dah ^^) medium komunikasi i adalah kertas, pen, sampul surat, stem dan abang posmen.. Tiap2 hari balik sekolah meluru ke posbox, kot-kot ada surat dari yg tersayang. Dulu i ada a few abang angkat, kami berkenalan thru Minda Pelajar - kalau ada yg ingat, ni mcm akhbar utk pelajar2 sekolah circa 1994-1996 dan ada gak pen pals dari Galaxy. Macam URTV tapi version omputih.. Tiap2 minggu kami berutus surat.., this particular guy dia budak bijak.. Belajo kat SMAP.. Dia form 5, aku form 3 so kiranya sama2 nak exam so konon2 sama2 bagi motivation la segala. Sending letters is the cheapest way to get in touch as inter-cities phone calls are notoriously expensive and masa tu mana ada student yg bawok henpon gi sekolah.. I used to purchase coloured writing papers, special stationaries yg ada design2 complete with matching envelopes. My mum used to be the postman, she'll take my letters and mail them when she goes to work.
Bila budak pandai ni abis sekolah dan menunggu result spm, kami pun mula berborak2 thru phone, tp tak selalu sbb rumah i takde phone masa tuh.. Kenala kumpul duit syiling nak bergayut dkt public phone.. Bila dia masuk uia, barula ayahanda i pakai henpon. Ericsson model lama yg kalau nak charge kena cabut bateri mcm charge kamera dslr skrg. So, turn dia pulak yg kumpul duit syiling nak bergayut dgn i..
Time goes on, i went to uni and we lost contacts.. I pun xtau dia kat mana skrg.. Masa dkt uni, dua bulan sekali i tulis surat hantar dekat bonda, seminggu sekali beli phonecard rm10 to call home untuk mengadu-domba. Masa ni internet dekat malaysia baru nak berkembang.. Maka bermulalah zaman chatting dekat mirc.. Masuk channel mamak la, kampung la, etc etc etc. cyber cafe mula tumbuh dekat kampus, masa ni i pakai pc dgn monitor gabak yg berat giloss tuh tp takbley akses internet, nak berinternet sila booking cyber cafe yg berdekatan.. Dan i pakai henpon motorola yg kalau emergency takde bateri buleh sumbat 4 bijik bateri AA didalamnya.. Dan bermulalah zaman bergayot dekat henpon sendirik pulak.. Bila dapat bopren yg takde henpon, kenala bopren tu tumpang henpon kawan2 dia kalau i nak bercerita dgnnya..
Masa i start kerja, teknologi sms mula berkembang.. Less talking but more texting. I pakai nokia 3315 masa tuh. Sgt kebal phone tu, jatuh tergolek2 tp dia tetap steady. Pahtu picture messaging became popular. Dlm sok-kabar penuh gambo2 dan ring tone yg kita buleh donlod dan anto kat kawan2. Mula2 black n white, pahtu gambo warna-warni., pahtu wujud pulak camera phone, buleh nganto mms segala..
Mula2 sampai bumi kanggaru, kawan2 i tgh giler berYM.. Yahoo messenger, manjang je i pi lepak lebry bukan utk study tp utk ym dgn kawan2.. Pahtu masuk friendster and later upgraded to facebook
And now... Komunikasi jadik sgt mudah.. Teknologi bercinta pun dah berubah. Ada whatsapps, viber, facebook, facetime, instagram, twitter, skype etc etc... Zaman menulis surat dan menunggu jawapan dah berlalu.., zaman kumpul duit syiling bergayut kat public phone dah berlalu.., zaman chatting online dah berlalu.., sekarang ni long distance relationship can prosper becos u'll be able to see each other even though u're far away from each other. Contohnya dalam kes Tom, sebelum dia keluar pergi party, both of them akan "tunjuk" baju masing2 on skype to make sure they match each other. Sebelum makan amik gambo (myself included, but i only post them on fb or ig) pahtu mms, whatsapps dekat yg tersayang.
Agak-agaknyala kan.. Macam mana lah anak2 i esok bercinta ye? Mesti ada mesin yg boleh beam people from one place to another kan? Or a telepathic machine yg bila tetiba kita teringat je kat orang tu, tiba2 je orang tu muncul depan kita.. Hmmmmm....
I think i watch too many sci-fi movies...
Wasallam...


- Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, 31 July 2013

Tentang unlucky day

Assalamualaikum
Dah nak habis ramadhan baru nak bersuara? Pahtu tetiba bersuara secara live dari bumi kangaroo? Adoyai.. So much has happened since i last wrote but tonight i just need to get this out of my chest. I shall merapu about why, how, what, when did we arrive in bumi kangaroo at some other time ok?
Today the last day in the month of July 2013, bersamaan dgn 22 ramadhan 1434H adalah hari yg sgt menyedihkan..
Kisah 1
i received the news that our boy Joey has been adopted. JJ said that i should be prepared for today.. I tot i have.. I mean i said goodbye to him in Penang, gave him a big hug n kiss before we left and he had looked at me sadly, as if he knows that that will be the last time he'll ever see me..
I havent shed any tear since leaving malaysia just over two weeks ago, but receiving the news about joey released the waterworks. JJ said we have done the right thing, at least joey is in a good home not outside on the road being a stray facing a bleak future. At least joey will be safe, he shall have enough to eat., we pledged to send a big bag of kibbles to his carer every so often., and he will be loved.. And most importantly i will be able to see him whenever i go back to SP/penang..
Joey, u dont know how much it hurts your father and i to let you go.., mommy wished that our circumstances are different but maybe this is the best for you son.. Just know in your heart that we will always love you and to us, you're still our boy.. Till we meet you again.. We love you so much Joey 'Jojonut' Marurai..




Kisah 2
Went to dick smith to purchase an adapter for the ipad+ipod. The price was around $30.. Went to target and saw this big box of 15-piece ipod accessories for only $17 down from $69.99. Wow! This is a good bargain.. Sila rujuk pada gambar




Rugi woo kalau xbeli!! Tanya budak tu wall plug ni buleh charge ipad tak, dia kata boleh so sepantas kilat i grabbed this box. Sampai kat kaunter this item turn out to be only $13!! Yay! I snatched a bargain!! Sgt excited sampai rumah cuba nak charge ipad tapi nyewest!! Dia kata "not charging".. Adoyai hangin suda satu badan.. Takper takper.. Esok haku nak pi target tukar ambik adapter apple original pulak.. Deng!!
Kisah 3
3 hari yg lalu, travelling henbeg kesayangan i hampir nak putus talinya., kebetulan kejadian berlaku di depan op-shop (kedai juai brg2 terpakai - 2nd hand) maka terusla masuk dan terusla capai henbeg yg berharga $4. I beli sebab takut beg putus xdan sampai umah plus all my other handbags are in the ship., belum sampai lagi. Genap 3 hari usia bag 2nd-hand-baru i, tali dia snap! Putus!! Deng!!!




Pengajaran dari kisah 2 & 3
Sila jangan kedekut sangat.. Bila beli barang yg terlalu murah, mohon jangan expect too much from it!
Sekian...
- Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Darlington Drive,Banora Point,Australia

Wednesday, 12 June 2013

Tentang mee segera

Assalamualaikum
Humang hai.. Bersawang berdebu lapan belas hinci dah blog nin.. Tak terjenguk malahan nak menjenguk blog-blog rakan-rakan cyber pun tak dan. Sangatlah sibuk mengalahkan superstar pulak i sekarang ni.. Kenapa sibuk? Kenapa tak dan? Akan diceritakan di masa2 akan datang. 
Malam ni nak buat food review pasal mee segera.. Adake org buat review pasal instant noodle ni? Macamkan takde benda lain nak direview pulak.. Eh, sukatilah.. 
Sapa tak pernah makan mee segera angkat jari?? Instant noodle used to be my staple diet masa kat universiti utan malaysia dulu especially bila time JPA belum masuk. Selalu bila dapat duit, akan beli stok megi yg boleh dimakan ketika sengkek. Pernah sekali megi tomyam 2 bungkus kami rebus kongsi makan 5 orang sebab masing2 tak cukup duit nak makan. Nak tepon rumah mintak duit malu dan takut.. Oh the good ol' days.. Nanti next time i citer pengalaman kat dlm utan dulu plak.
Now back to the actual story. Review arini adalah berdasarkan kepada mee brand yg kat bawah nin..
Mi Sedaap mi sup perisa soto..
Memang sedap. Memang jelas terasa sedapnya seperti kata tagline mee nih.. Dengan perasa limau menjadikan mi ni bertambah sedap. Tak muak. Sebab ada rasa masam2 sket. JJ tak bleh pi sebab dia kata the taste is very Malaysian.. Yelah.. Sebab tu he only eats megi perasa ayam.. Tak adventerous langsung laki i tau!
Anyway, rencah dia ada 4 pek
Bumbu gurih yg kena letak bila mi dah masak. The chilli, seasoning powder dengan minyak bumbu yg hujung kanan sekali. I think the limau is in the minyak bumbu sbb bila masukkan minyak tu bau dia semerbak kelimau-limauan gitu.. Sedap.. 
The noodle itself is not too fat and not too skinny. Masak pun tak payah lama2 sebab mi dia cepat lembut. Lama2 sgt kan kembang semangkok mi dia jadik tak best.
Meh kita tgk gambo yg dah masak
Yang macam brown sugar kat tgh2 tu is the bumbu gurih. I xtau apa function dia sbb tak rasa apa2 pun.. Perhaps lepas ni i shud try makan tanpa that bumbu pulak.
The instruction actually requires u to campur the minyak and rencah outside the pot n just rebus mi atas api then tuang into the bumbu tp i rasa mcm takut bumbu tu tak masak so i dump everything in while the mee is boiling on the stove. Result dia? Mee sedap yang memang sedap!!! 
Selamat mencuba!!
Ewah...