Assalamualaikum....
Dua minggu berada di tanah air macam sekejap sgt rasanya.. List makanan yg nak dimakan pun xsempat nak khatam.., takde rezeki... But i'm glad that i had the opportunity to spend time with my 80++ year old grandma.. Memula dari KJ dia ikut i balik SP, pahtu balik KJ balik pahtu tetiba dia nak ikut balik KT pulak dan terus anto i kat airport masa nak balik bumi kangaroo tempoh hari.. I think she had fun., i took her to a fish market, to a night market dlm suasana hujan dan lecak.., sebelah tgn pegang tongkat n selak kain tinggi, sebelah tgn pegang i.. Sepanjang2 jalan dia melatah "oh babu" tapi dia yg nak pegi sangat so i bawok jer.. Makan pun kus semangat. Beli putu mayam 2 ringgit dpt 8 ketul, semua dia makan sorang.. Tafufah satu container, apam balik sejuring.. Dapat bawak dia pi makan sate, bubur pulut hitam, nasik lemak payung merah (she insisted that she wants nasi lemak from this kakak bawah payung merah., jenuh pusing taman carik..) kopok lekor, roti paung tengganu etc etc etc... Alhamdulillah... Tak tahu bila lagi ada kesempatan bawak dia jenjalan gitu..
Kisah dan tauladan 1
Masa ondeway dari OOL-KUL aritu i had an early morning flight. It so happen i was sitting with these two chinese sisters.. i would say they're between 19- 22 years old. Dressing mmg hebat, dgn micro shorts, knitted jumper bagai bawak laptop dgn tablet tgk movie dlm flight. I dah terpikir, minah ni tak panas ke pakai knitted jumper nih? Skekgi kat msia soheh2 panas yg lebat, tahan ke dia? As time goes on, it started to get pretty warm in the flight.., pahtu i start terbau sesuatu yg kurang menyenangkan. Duk pikir.., kaki sapala yg busuk nih.. Later on, the smell gets stronger and then i realised that the smell is coming from these two girls next to me. OMG, i think we have another 4-5 hour flight time. Ayoyo.., how am i going to endure the smell for the rest of the flight. Terpaksalah sombong sket, paling kepala ke tingkap tp dlm flight airasiamang yg sempit where u're practically sitting on top of each other plus size body i yg sgt ohsem ni byk mana sangatlah dpt berpaling kan? The best part was, as we are ready to land minah sebelah i ni start mencium2 ketiak dia sendiri. YES dear girl.., the bad smell is coming from YOU!! Saheh berlendir bila dia turun kapal terbang cos i can feel the heat the minute i stepped out of the plane.. Or ada angin macam air-cond masuk dari suar super-duper pendek dia kot?
Pengajaran: kalau taknak/tak sempat mandi pagi to catch your extra early flight, at least semburlah sedikit odorono kat badan tuh.. Takdelah kepam sepanjang 8 jam dalam pesawat...
Kisah dan tauladan 2
Masa ondeway KUL-OOL pulak flight malam.. Lebih kurang jam 9.40pm. Dgn eksennya aku berkata, i'm not gonna get cold in this flight.. Tapi ada spare pashmina seketoi dlm hand carry in case of emergency. KL hujan masa tuh.. Pahtu my grandma bless her heart tanya.. "Eh tak sejuk ke nanti dlm kapatebang pakai baju lengan pendek nih? Nah, bawak jaket ni nanti sejuk" sebagai cucu yg xmo melawan ckp nenet i pon amikla baju cotton tipis tgn panjang yg i used to wear during spring (maknanya takdela tebal mana pun, mcm tshirt tp long sleeve). Dkt departure hall mmg hangat tak hengat sbb kapasiti maknusia yg sangat tinggi so haku xpakai, sangkut kat hand carry je. Masuk plane pun hangat lagi spt biasa kapal airasiamang lambat nak menyejukkan kabin dia. Tiba2 bila kapal dah gostan (OMG aku tak tau apa termnya wahai kapitan tulunlah kakakmu ini).. Mula dah terasa aircond yg sangat sejuk. Mula2 tahan lagi, lama2 dah tahap nak membeku so i pun sarunglah 'jaket' i tuh. Tahan la sikit. Tgk org kiri kanan dah berselubung dgn selimut. Perlu diingatkan di sini yg airasiamang menawarkan perkhidmatan menyewa selimut utk dipakai sepanjang penerbangan pada harga rm10 selai. Ataupun anda boleh juga membeli comfort kit semasa membuat booking dgn harga rm25?? Ntah.. Kurang periksa.tapi i rasa.., airasiamang ni sengaja meng'low'kan suhu aircond nak bagi keadaan kabin sejuk beku gigil2 utk meng'encourage' para penumpang utk membayo rm10 bagi menyewa selimut mereka. I rasa this is not right and i wont condone this type of marketing tactics yg pada i mcm memaksa. Because i tak nak fall prey to their cunning ways maka i pun menahanlah sejuk sepanjang 8 jam perjalanan tersebut. JJ kata why are so tight with money, just give them ten ringgit so u wont be too cold. Ohh tidak... I tetap dgn pendirian i.. To me, kalau i beli maknanya i membolehkan atau menggalakkan airasiamang utk sokmo2 menyejukbekukan kabin supaya org ramai buleh sewa selimut.. No no.. No way jose.. I rela dibekukan okeh?
Pengajaran: next time nak naik airasiamang lagi, sila bawak blanket siap2 ataupun jaket tebal bulu2.. (Peringatan utk diri sendiri: lenkali bawak je selimut airasiamang yg JJ beli 3 tahun dulu, bukan berat pun.. Coklat banyak2 rilek je buleh angkut on board, nak bwk selimut seketoi bising.. Phuiii)
Sekian terima kasih..
- Posted using BlogPress from my iPad
Assalamualaikum dear sister ...
ReplyDeletetu dia ... sekali sekala balik full page puas scroll cerita balik kampung ... alhamduLillah you had a grand time with grandma ...
... kena ada orange pure essential oil sentiasa dalam bag tu so bila terkena lagi duduk sebelah penumpang yang tak mandi tu letak kat tisu banyak banyak ... buh kat kiri kanan kita hehe ...
lovely to see your update now and then :)