Tuesday 8 October 2013

Tentang teknologi bercinta

Assalamualaikum....
Wahduh wahduh... Bersawang, berselut, berkerak, berdaki dah nin.. Kalaulah adinda kapitan i tak sound "assignment overdue" dekat fesbuk, dah tentu i kena hire excavator nak carik balik jalan menuju ke blog nih..
So anyway...
Kenapa tetiba kluar topik ni? I'm sitting in the room playing games on the pad pabila i terdengar Tom tgh ber-skyping dgn geprennya yg tinggal about 10 minutes drive from here.. Wow! Technology have certainly changed the way we communicate kan? Dedulu masa zaman i muda remaja (skrg ni still muda tp dah xberapa nak remaja dah ^^) medium komunikasi i adalah kertas, pen, sampul surat, stem dan abang posmen.. Tiap2 hari balik sekolah meluru ke posbox, kot-kot ada surat dari yg tersayang. Dulu i ada a few abang angkat, kami berkenalan thru Minda Pelajar - kalau ada yg ingat, ni mcm akhbar utk pelajar2 sekolah circa 1994-1996 dan ada gak pen pals dari Galaxy. Macam URTV tapi version omputih.. Tiap2 minggu kami berutus surat.., this particular guy dia budak bijak.. Belajo kat SMAP.. Dia form 5, aku form 3 so kiranya sama2 nak exam so konon2 sama2 bagi motivation la segala. Sending letters is the cheapest way to get in touch as inter-cities phone calls are notoriously expensive and masa tu mana ada student yg bawok henpon gi sekolah.. I used to purchase coloured writing papers, special stationaries yg ada design2 complete with matching envelopes. My mum used to be the postman, she'll take my letters and mail them when she goes to work.
Bila budak pandai ni abis sekolah dan menunggu result spm, kami pun mula berborak2 thru phone, tp tak selalu sbb rumah i takde phone masa tuh.. Kenala kumpul duit syiling nak bergayut dkt public phone.. Bila dia masuk uia, barula ayahanda i pakai henpon. Ericsson model lama yg kalau nak charge kena cabut bateri mcm charge kamera dslr skrg. So, turn dia pulak yg kumpul duit syiling nak bergayut dgn i..
Time goes on, i went to uni and we lost contacts.. I pun xtau dia kat mana skrg.. Masa dkt uni, dua bulan sekali i tulis surat hantar dekat bonda, seminggu sekali beli phonecard rm10 to call home untuk mengadu-domba. Masa ni internet dekat malaysia baru nak berkembang.. Maka bermulalah zaman chatting dekat mirc.. Masuk channel mamak la, kampung la, etc etc etc. cyber cafe mula tumbuh dekat kampus, masa ni i pakai pc dgn monitor gabak yg berat giloss tuh tp takbley akses internet, nak berinternet sila booking cyber cafe yg berdekatan.. Dan i pakai henpon motorola yg kalau emergency takde bateri buleh sumbat 4 bijik bateri AA didalamnya.. Dan bermulalah zaman bergayot dekat henpon sendirik pulak.. Bila dapat bopren yg takde henpon, kenala bopren tu tumpang henpon kawan2 dia kalau i nak bercerita dgnnya..
Masa i start kerja, teknologi sms mula berkembang.. Less talking but more texting. I pakai nokia 3315 masa tuh. Sgt kebal phone tu, jatuh tergolek2 tp dia tetap steady. Pahtu picture messaging became popular. Dlm sok-kabar penuh gambo2 dan ring tone yg kita buleh donlod dan anto kat kawan2. Mula2 black n white, pahtu gambo warna-warni., pahtu wujud pulak camera phone, buleh nganto mms segala..
Mula2 sampai bumi kanggaru, kawan2 i tgh giler berYM.. Yahoo messenger, manjang je i pi lepak lebry bukan utk study tp utk ym dgn kawan2.. Pahtu masuk friendster and later upgraded to facebook
And now... Komunikasi jadik sgt mudah.. Teknologi bercinta pun dah berubah. Ada whatsapps, viber, facebook, facetime, instagram, twitter, skype etc etc... Zaman menulis surat dan menunggu jawapan dah berlalu.., zaman kumpul duit syiling bergayut kat public phone dah berlalu.., zaman chatting online dah berlalu.., sekarang ni long distance relationship can prosper becos u'll be able to see each other even though u're far away from each other. Contohnya dalam kes Tom, sebelum dia keluar pergi party, both of them akan "tunjuk" baju masing2 on skype to make sure they match each other. Sebelum makan amik gambo (myself included, but i only post them on fb or ig) pahtu mms, whatsapps dekat yg tersayang.
Agak-agaknyala kan.. Macam mana lah anak2 i esok bercinta ye? Mesti ada mesin yg boleh beam people from one place to another kan? Or a telepathic machine yg bila tetiba kita teringat je kat orang tu, tiba2 je orang tu muncul depan kita.. Hmmmmm....
I think i watch too many sci-fi movies...
Wasallam...


- Posted using BlogPress from my iPad

2 comments:

  1. Glad you're back di maya ... assalamualaikum sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam sis.. Saya ni tenggelam timbul.. Selagi belum settle down properly, selagi tu mcm layu je nak menghapdet blog.. Hahaha :)

      Delete